Thursday 9 February 2012

Chocolate Truffle

Profil Usahawan Pilihan
Alamat kami :
Anis Bakery, No 30, Lot 6076, Jalan Selamat,
Kg. Sungai Ramal Dalam, 43 000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
| email : anisbakery@live.com.my
019- 3797 569 ~ sham | 019-255 4537 ~ nisa

Kami bermula daripada ‘zero’. .. berbekalkan sebuah ‘oven’ lama ( yg dipinjam ..) , sebuah ‘mixer’ kecil & sebuah motosikal Kriss Modenas .. kami memulakan ‘Anis Bakery’ … dengan 1 impian yang besar .. membina rangkaian perniagaan Bakery Muslim kami sendiri…
Pada peringkat awal dengan ‘bantuan’ motosikal Kriss Modenas– kami menjual kek ( moist chocolate cake ) slices ke restoren / cafe / pejabat2 di Putrajaya. Sham akan menunggang motosikal , sementara Nisa pula akan membonceng di belakang ( dengan kami masing 2 akan membawa se maksima mungkin kek2 di kiri kanan tangan & bakul Motosikal Kriss ) … ermmm rasa2 nya anda boleh bayangkan macamana …
Alhamdulilah, lebih daripada 2 tahun berlalu, kami amat berterima kasih pada Ibu , bapa , keluarga , kawan2 , pegawai2 di Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat ( esp. Pn Zahariah ) & ramai lagi atas sokongan , doa & bantuan yang diberikan … kami kini mampu mengorak lebih jauh & pantas lagi..

About AnisBakery.net..
Kami di AnisBakery.net menawarkan pelbagai produk Bakeri secara ekslusif online seperti berikut :

• Muffin ( muffin from Scratch…)
• Cupcakes
• Wedding Cakes
• untuk pelbagai majlis ( harijadi, perkahwinan, pertunangan, mother’s day dll)
• Biskut ( cookies – pelbagai jenis … dah cuba tart nenas kami ?)
• Roti Arab Bangi
• Pelbagai jenis Roti

Umat Islam boleh menikmati keenakan pelbagai jenis produk bakeri / kek tanpa ragu2 lagi akan cara penghasilannya. Anis Bakery- sedang mengorak langkah untuk memperkasakan lagi perniagaan Muslim Bakeri ini dan kami sedang di dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia. Semoga anda akan dapat bersama2 kami untuk membangunkan konsep perniagaan Muslim Bakeri ini.
Amin.

0 comments:

Post a Comment