Profil Usahawan Pilihan | |
![]() | NORIAH ASHARI Pengarah Urusan Atikah Songket Alamat : No 93, Jalan Aminuddin Baki Taman Tun Dr.Ismail 60000 Kuala Lumpur Tel : 03-7726 1445 Faks : 03-7727 1445 E-mel : asnaky45@streamyx.com Laman Web : atikahsongket.enetmyne.com |
Puan Noriah Ashari pemegang Diploma Jurusan Perniagaan dari UiTM dan merupakan Timbalan Presiden II bagi persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia atau lebih dikenali dengan nama PENIAGAWATI. Beliau telah menjalankan perniagaan ATIKAH SONGKET yang menjual kain songket Terengganu yang ditenun khas dan juga batik yang berkualiti tinggi. Sebagai menghargai usaha beliau, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Jarum Berlian 2003 di dalam bidang tekstil dan juga Anugerah Usahawan Wanita NAWEM 2006 di dalam bidang peruncitan. Lebih tiga puluh tahun Atikah Songket mempelopori bidang tenunan songket Terengganu. Sebagai salah seorang daripada individu yang memperkenalkan songket Terengganu secara komersil, nama Atikah Songket tidak asing lagi kepada penggemar dan pengumpul songket. Kehalusan dan kualitinya yang tinggi antara penyebab utama pelanggan tidak serik berkunjung semula mendapatkan songket keluaran mereka. Hari ini, Atikah Songket dikendalikan oleh Puan Noriah Hj Ashari, anak bongsu beliau. Noriah adalah generasi ke-empat yang meneruskan kesinambungan keluarga mereka dalam perniagaan tradisi ini. Keunikan Songket Kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. ![]() Mungkin ramai yang terkeliru dengan harga songket yang jauh lebih murah di sesetengan tempat. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa di pasaran Malaysia, bukan sahaja songket tenun dari negeri–negeri di pantai timur sahaja, tetapi juga turut terdapat songket dari India dan Pakistan. Harganya mungkin jauh lebih rendah kerana perbezaan kualiti benang emas dan juga benang yang digunakan. Mengikut kata Puan Noriah, harga songket tenun Terengganu boleh diperolehi daripada RM100 sehingga ke RM18,000 dan masa yang diperlukan untuk menenun songket yang cantik dan eksklusif atau ditempah mungkin sehingga dua hingga tiga bulan. Manakala untuk songket biasa, ia mungkin memerlukan antara empat hari hingga dua minggu untuk disiapkan. ![]() Susun letak setiap motif juga harus kena gayanya. Sejak dahulu, ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kain dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif-motif reka corak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Bagi yang berminat untuk melihat songket Terengganu buatan Atikah Songket, bolehlah mengunjungi butik Atikah Songket yang terletak di No 93, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur (No tel : 03-7726 1445) yang dibuka pada setiap hari kecuali Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam. |
0 comments:
Post a Comment