Thursday 9 February 2012

Chocolate Truffle

Profil Usahawan Pilihan
Alamat kami :
Anis Bakery, No 30, Lot 6076, Jalan Selamat,
Kg. Sungai Ramal Dalam, 43 000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
| email : anisbakery@live.com.my
019- 3797 569 ~ sham | 019-255 4537 ~ nisa

Kami bermula daripada ‘zero’. .. berbekalkan sebuah ‘oven’ lama ( yg dipinjam ..) , sebuah ‘mixer’ kecil & sebuah motosikal Kriss Modenas .. kami memulakan ‘Anis Bakery’ … dengan 1 impian yang besar .. membina rangkaian perniagaan Bakery Muslim kami sendiri…
Pada peringkat awal dengan ‘bantuan’ motosikal Kriss Modenas– kami menjual kek ( moist chocolate cake ) slices ke restoren / cafe / pejabat2 di Putrajaya. Sham akan menunggang motosikal , sementara Nisa pula akan membonceng di belakang ( dengan kami masing 2 akan membawa se maksima mungkin kek2 di kiri kanan tangan & bakul Motosikal Kriss ) … ermmm rasa2 nya anda boleh bayangkan macamana …
Alhamdulilah, lebih daripada 2 tahun berlalu, kami amat berterima kasih pada Ibu , bapa , keluarga , kawan2 , pegawai2 di Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat ( esp. Pn Zahariah ) & ramai lagi atas sokongan , doa & bantuan yang diberikan … kami kini mampu mengorak lebih jauh & pantas lagi..

About AnisBakery.net..
Kami di AnisBakery.net menawarkan pelbagai produk Bakeri secara ekslusif online seperti berikut :

• Muffin ( muffin from Scratch…)
• Cupcakes
• Wedding Cakes
• untuk pelbagai majlis ( harijadi, perkahwinan, pertunangan, mother’s day dll)
• Biskut ( cookies – pelbagai jenis … dah cuba tart nenas kami ?)
• Roti Arab Bangi
• Pelbagai jenis Roti

Umat Islam boleh menikmati keenakan pelbagai jenis produk bakeri / kek tanpa ragu2 lagi akan cara penghasilannya. Anis Bakery- sedang mengorak langkah untuk memperkasakan lagi perniagaan Muslim Bakeri ini dan kami sedang di dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia. Semoga anda akan dapat bersama2 kami untuk membangunkan konsep perniagaan Muslim Bakeri ini.
Amin.

Wednesday 8 February 2012

Smart Reader

Profil Usahawan Pilihan
DR K. H. WANG
Group Executive Director

SMART READER WORLDWIDE SDN BHD.
Wisma Smart Reader
No 68 Jalan 27/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603 – 2300 2555
Fax: 603 – 2300 2556
Web: www.smartreader.com.my


HISTORY

Founded in 1988 as Smart Education Centre by Dr Richard Ong and Dr K H Wang, the organisation changed its name to Smart Reader® Worldwide Sdn Bhd in 1998. This move was made to reflect the expansion of its English Programme into the international arena.
Backed by the success of the Smart Reader® English Programme and the rich experience of the group of educationists, Smart Reader® Worldwide launched the Smart Reader Kids® concept in 1999. Tagged as “Every Child’s Dream School”, this unique, imaginative and vibrant 21st century model child development centre has emerged very aggressively and accredited by the Malaysia Book of Records as The Largest Chain of Child Enrichment Centres in Malaysia.

With the formation of two other franchised programmes in 2000, namely Smart Reader Kids Junior® and Smart Reader English for Adults and Youths®, the organisation has evolved to become the largest educational franchise group with the establishment of more than 260 franchise centres in Malaysia. Smart Reader® Worldwide has also expanded its wings internationally by having 135 franchise centres in the Philippines, China, Thailand, Brunei and Middle East.

For an organisation that has been around for a good number of years, success is influenced by ONE key factor – QUALITY. Constant research and development and continuous upgrading of the programmes has enabled this quality product to remain at the helm, steering preschool education into a glorious and exclusive era.

Smart Reader® English Programme

The Smart Reader® English Programme is a complete and systematic programme with the objective of helping children to read well from a young age. With the tagline – “Simple and Fun”, the programme applies the phonetic method. The fun and creative approach towards learning makes reading a joy for children.

The Smart Reader® English Programme is specially designed for children as young as newborn. It comes in 10 comprehensive levels that can be continued until the children enter their Primary School Years.
A great number of kindergartens throughout West and East Malaysia have adopted this programme with great success. It is feasible for the lower, middle and upper income groups. It has received support from Philippines, Thailand, Brunei, Taiwan, India and New Zealand.

Atikah Songket

Profil Usahawan Pilihan
NORIAH ASHARI Pengarah Urusan Atikah Songket
Alamat : No 93, Jalan Aminuddin Baki
Taman Tun Dr.Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7726 1445
Faks : 03-7727 1445
E-mel : asnaky45@streamyx.com
Laman Web : atikahsongket.enetmyne.com
Puan Noriah Ashari pemegang Diploma Jurusan Perniagaan dari UiTM dan merupakan Timbalan Presiden II bagi persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia atau lebih dikenali dengan nama PENIAGAWATI. Beliau telah menjalankan perniagaan ATIKAH SONGKET yang menjual kain songket Terengganu yang ditenun khas dan juga batik yang berkualiti tinggi. Sebagai menghargai usaha beliau, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Jarum Berlian 2003 di dalam bidang tekstil dan juga Anugerah Usahawan Wanita NAWEM 2006 di dalam bidang peruncitan.
Lebih tiga puluh tahun Atikah Songket mempelopori bidang tenunan songket Terengganu. Sebagai salah seorang daripada individu yang memperkenalkan songket Terengganu secara komersil, nama Atikah Songket tidak asing lagi kepada penggemar dan pengumpul songket. Kehalusan dan kualitinya yang tinggi antara penyebab utama pelanggan tidak serik berkunjung semula mendapatkan songket keluaran mereka. Hari ini, Atikah Songket dikendalikan oleh Puan Noriah Hj Ashari, anak bongsu beliau. Noriah adalah generasi ke-empat yang meneruskan kesinambungan keluarga mereka dalam perniagaan tradisi ini.

Keunikan Songket
Kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
Mungkin ramai yang terkeliru dengan harga songket yang jauh lebih murah di sesetengan tempat. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa di pasaran Malaysia, bukan sahaja songket tenun dari negeri–negeri di pantai timur sahaja, tetapi juga turut terdapat songket dari India dan Pakistan. Harganya mungkin jauh lebih rendah kerana perbezaan kualiti benang emas dan juga benang yang digunakan.
Mengikut kata Puan Noriah, harga songket tenun Terengganu boleh diperolehi daripada RM100 sehingga ke RM18,000 dan masa yang diperlukan untuk menenun songket yang cantik dan eksklusif atau ditempah mungkin sehingga dua hingga tiga bulan. Manakala untuk songket biasa, ia mungkin memerlukan antara empat hari hingga dua minggu untuk disiapkan.
Keunikan songket terletak pada motifnya. Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuh-tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.
Susun letak setiap motif juga harus kena gayanya. Sejak dahulu, ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kain dan badan kain.
Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif-motif reka corak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak.
Bagi yang berminat untuk melihat songket Terengganu buatan Atikah Songket, bolehlah mengunjungi butik Atikah Songket yang terletak di No 93, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur (No tel : 03-7726 1445) yang dibuka pada setiap hari kecuali Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam.